hey friends !

100% , Attitude ..

Thursday, 31 May 2012

pantun 1 Arif

Pantun ni , Fatin yg buat !
best !! 
Ucapan salam pembuka kata,
Istimewa dan ikhlas untuk tatapan,
Kami 1 arif mula bercerita,
Kelas Yayasan Selangor menjadi gelaran.

Kami tinggal di tingkat empat,
Boleh Nampak KLCC,
Kalau belajar semuanya dapat,
Itulah dia penghuni blok C.

Teacher Chia guru kelas kami,
Bertudung ayu baik orangnya ,
Kalau tak siap homework maths yg diberi,
Roti panjanglah hadiah kegemarannya.

Ketua dan penolong tak pernah aman,
Jeritan Amir Wajdy digeruni semua,
Alisya pula si panas baran,
Selalu berperang bila bersua.

Abid Ajwad ramai peminat,
Kerana aura kecomelannya,
Semua yg memikat tak pernah dapat,
Iffah dan Nadhirah lah orangnya.

Nurin pula naik pangkat,
Dari penolong menjadi pengawas,
Haziq dan Azhan duduk dekat-dekat,
Jika dimarah muka macam mawas.

Afif dan Aina si bendahari,
Mulut laser tapi baik hati,
Minta duit setiap hari,
Kalau tak dapat tak puas hati.

Hadirah pula cantik orangnya,
Diminati oleh ramai lelaki,
Syafiq pun terpikat dengannya,
Semakin bestlah kelas ini.

Putih kulitnya itulah Nadia dan Fatin,
Duduk di belakang bersuka ria,
Dulu2 dipanggil ikan patin,
Kuat merajuk itulah dia.

Azzam dan Firdaus selalu bersama,
Imran dan Irfan Syafiq tidak pernah renggang,
Mereka semua selalu bekerjasama,
Inilah berkat berkasih sayang.

Syameera,Jihan,Nadiha,Halaliyah,
Tak suka bergosip suka baca buku,
Kadang-kadang mulut macam joyah,
Tapi rapat seperti isi dgn kuku.

Sal dan Asyura pengawas berwibawa,
Bergurau senda itulah hobinya,
Sama cantik sama lawa,
Membuat kami tergoda padanya.

Di dalam kelas duduk bersebelahan,
Damia dan Wardina sahabat sejati,
Jalan-jalan pun berdua-duaan,
Rapat seperti gigi dgn gusi.

Budak baru namanya Zakwan,
Suaranya ala-ala perempuan,
Bab-bab usha dia number one,
Membuat otak tidak keruan.

Irfan Ariff dan Isyraf tempur putera,
Dua-dua anak orang kaya,
Hezmy pula silat olahraga,
Sekali tengok memang tak percaya.

Aniyah pula pelik orangnya,
Pengawas pusat sumber itulah dia,
Bila senyum terserlah keayuannya,
Bila marah bergegar dunia.

Amirah comel cantik jelita,
Si gigi besi dialah orangnya,
Petah berbicara pandai bercerita,
Sekali bercerita lebat storynya.

Amin Haiman digelar masalah,
Buat lawak tak bertempat,
Aidil pula atlit sekolah,
Belajar pun cepat je dapat.

Depan sekali itulah tempatnya,
Amierul dan Aiman sahabat sejati,
Iskandar dan Wafiy tak kurang hebatnya,
Tetapi selalu berdiam diri.

Athirah comel bila tersenyum,
Husna pula berkaca mata,
Bila bersin achum-achum,
Tapi pandai berkata-kata.

Orangnya cantik seperti bidadari,
Sekali tengok pasti ternganga,
Siti Haisya Amira nama diberi,
Kalau menjerit sakit telinga.

Berakhir di sini cerita kami,
Salah dan silap harap dimaafi,
Sahabat-sahabat yang kami hormati,
Assalamualaikum mengundur diri.

Best tak ? hahah :)








Sayang 1Arif ! 


No comments:

Post a Comment